Thursday, July 1, 2010

PUSAT DAKWAH SERANTAU

Presiden Yayasan Amal Malaysia hj Hussin ismail sedang memberikan Taklimat kepada Pelajar Pusat Dakwah Serantau


Hampir setahun blog ni tidak dikunjungi, malahan hampir-hampir dilupakan. Sejak saya aktif dalam facebook, saya sudah tidak pernah berkunjung ke blog ini, kesibukan di luar waktu kerja telah membataskan saya untuk berfikir berkenaan apa perlu di tulis dalam blog ini.

Bermula pertengahan bulan Jun tugas saya telah bertambah sedikit. jika sebelum ini saya hanya banyak masa di dalam pejabat sahaja, tetapi kini saya turut membantu satu lagi projek Yayasan Amal Malaysia di dalam negeri.

Pusat Dakwah Serantau yg terletak di Sg Merab Bangi , Selangor

Pusat Dakwah Serantau merupakan sebuah tempat latihan untuk pelajar-pelajar dari keluarga Muallaf ( samada anak-anak Muallaf ataupun yang baru memeluk Islam ) . Bagi pengambilan pertama, kesemua pelajar-pelajar ini adalah dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan kesemuanya terdiri dari pelajar lelaki. . Mereka akan belajar dan akan dilatih untuk menjadi Daie' /pendakwah apabila mereka kembali ke kampung halaman masing-masing.

Gejala murtad yang semakin menular di kedua-dua negeri itu amat membimbangkan. Justeru itu Yayasan Amal Malaysia telah mengambil langkah dengan melatih anak-anak jati dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak agar mereka akan dapat neneruskan usaha-usaha dakwah di kampung masing-masing.

Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) , Yayasan Amal Malaysia amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pengurusan, termasuklah makan dan minum pelajar.

Sumbangan dari segi kewangan dan barangan amat di alu-alukan dan bagi sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung ke laman web : http://www.pusatdakwahserantau.org/. atau menghubungi saya sendiri : Tel 019-3721947 (H/P)



Sebahagian Pelajar Pusat Dakwah Serantau

Thursday, January 14, 2010

KALIMAH ALLAH MILIK ISLAM

ALLAH untuk Islam. Tajuk depan Utusan Malaysia menarik minat saya. Tegas Sultan Selangor penggunaan Kalimah Allah hanya untuk agama ISlam sahaja. Maknanya agama lain di negara ini haram menggunakan perkataan Allah. Tujuannya satu untuk memelihara aqidah umat Islam selain keharmonian beragama.


Hal ini sudah semestinya disambut baik oleh seluruh umat Islam di negara kita. Beberapa orang tokoh agama Kristian bersetuju dengan mengugurkan kalimah Allah untuk mengelak konflik Islam Kristian berpanjangan. Maknanya perasaan sensiviti umat Islam di Malaysia perlu di jaga.


Namun kenyataan dari Persatuan Gereja Sarawak amat mengusarkan. Mereka masih berpegang teguh dengan keputusan mahkamah. Mereka seolah tidak mahu memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia. Majlis gereja Sabah pula mengambil sikap berkecuali mungkin gereja Sabah mempunyai sejarah tersendiri.


Tahun 1986 merupakan detik yang tidak mungkin di lupakan bagi pemimpin politik Sabah. Pilihanraya DUN Negeri Sabah yang telah memberi kemenangan kepada parti politik PBS (parti Bersatu Sabah telah mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan penganut Kristian Sabah.


Ketika itu saya belajar dalam Tingkatan 2. Kejadian Rusuhan telah berlaku di tiga kawasan., Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau. 7 bahan letupan plastik telah di letupkan di kota Kinabalu dan satu bom turut di letupkan di Tawau. Sekolah saya adalah sasaran kerana sekolah sebahagiannya masih berada di bawah pentadbiran pihak gereja.


Masih teringat lagi bagaimana kami pelajar sekolah diarahkan berlari keluar ke jalan raya menyelamatkan diri bila mendengar letupan kuat. keadaan agak kelam kabut dan Peristiwa itu masih lagi dlm ingatan hinggakan mampu diceritakan satu persatu. Tapi bagi saya itu adalah mimpi yang ngeri bila diingat semula. Semua itu adalah angkara fahaman politik yang sempit yang membabitkan dua kelompok penganut iaitu Islam & Kristian.



Inilah lencana sekolah saya

Walaupun perkara itu telah berlaku kira2 24 tahun lalu tapi tidak mustahil akan berulang jika keadaan ini tidak di tangani segera.

Wednesday, January 13, 2010

TUGAS & KERJA


Pameran AMAL Di UNISEL Batang Berjuntai Selangor

Sejak dari hari Isnin saya berpeluang untuk update blog ni. Maklum je kerja kat pejabat tidak banyak sangat. jadi dapatlah menulis dan kebetulan ada ide. Selama ni saya idtak berapa mahir untuk mengedit apa-apa dalam blog ni nasib baiklah dapat bantuan Tina. Dia yang banyak memberi tunjuk ajar cara-cara setting dan sebagainya. Kalau harap saya yang buat sendiri maknanya tidak akan adanya perubahan.

Esok 14hb Yayasan Amal dijemput ke program kesukarelawan Universiti Putra Malaysia. maknanmya esok saya masuk kerja pagi je waktu petang saya akan terus ke UPM.

Hari Jumaat pula saya akan ke Kementerian Kesihatan di Putrajaya, Yayasan Amal telah menerima sumbangan komputer terpakai sebanyak 5 unit. Selepas itu akan terus ke Kajang untuk bertemu dengan Pak Jamel. ( Yayasan Amal Selangor ) untuk menyerahkan sijil peserta korban dan aqiqah Ke Kembodia.

mungkin blog saya tidak akan dapat di update selama 2 hari.

Monday, January 11, 2010

PERKATAAN ALLAH

Akhir-akhir ini hangat diperkatakan isu Perkataan Allah yang telah dibenarkan kepada penerbitan akhbar Herald. Sesungguhnya saya tidak pernah pun melihat majalah tersebut apatahlagi membacanya. mungkin ia khusus untuk bacaan penganut Katolik sahaja . Sekadar Hiasan

Hampir setiap balai polis menerima laporan berkaitan bantahan penggunaan kalimah ALLAH. Namun bukan setakat bantahan sahaja tapi kini telah menular kepada keganasan sehingga membakar gereja. Saya betul-betul kecewa dengan tindakan mereka yang tidak cerdik ini. Sungguhpun saay tidak setuju dengan keputusan mahkamah Tinggi tapi jalan keganasan bukanlah tindakan yang betul.

Nahtijahnya orang Islam yang akan mendapat aib. Sudah semestinya tanggapan Islam sukakan keganasan yang dilebelkan oleh masyarakat barat seperti cuba dibuktikan oleh mereka yang tidak cerdik ini.

Islam itu kedamaian & keamanan. Itu yang cuba saya gambarkan kepada rakan-rakan senegeri yang kini berada di bumi semenanjung. mereka agak fobia dengan fenomena akhir-akhir ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

""tahu tak agama kristian telah diturunkan tuhan terlebih dahulu dari agama Islam,
maknanya org kristian telah dulu menggunakan perkataan ALLLAH dari org Islam.

"Kami dah lama menyebut nama Allah. tapi tiada pun yang pernah kacau. Tapi bila mahkamah sudah buat keputusan ramai pula yang marah2 siap bakar church lagi.'

" Kalau mau marah pergilah bakar itu mahkamah yang bagi keputusan. kenapa pula church yang dibakar."

" Nampaknya org Melayu di Semenanjung sudah macam Taliban"

"Secara peribadi sy akan menggunakan perkataan Allah dlm gereja, penulisan dan dlm doa sepanjang hayat sy"


Saya memahami luahan teman saya itu. Saya tidak mampu marah bila dia berkata demikian. Saya betul-betul malu dengan apa yang berlaku.

Antara perkataan Allah dlm kitab Injil Melayu

Saya membesar dengan masyarakat Kristian majoriti. Saya sering mendengar penganut-penganut Kristian di tempat saya menyebut perkataan Allah .Ejaan mungkin sama tapi sebutan agak berbeza. Saya tidak pernah merasa janggal kerana mungkin saay faham itu ajaran mereka. Mungkin situasi berbeza dengan suasana di Semenajung Malaysia. Ianya agak sensitif. Cuma sensitif tidak bertempat.


Hati hanya mampu berkata.

Katakanlah Allah itu Satu. Allah adalah tempat bergantung Dia tidak beranak dan tidak di peranakan dan tidak ada satu pun yang meyerupainya




UPDATE BLOG

Sudah terlalu lama saya tidak update blog ini. Bukannya tidak ada masa, tapi kadang-kadang mood tidak ada untuk menulis. Kadang-kadang menulis pun perlukan mood juga, kalau tidak idea langsung tidak muncul.

Selepas raya aidilfitri dan sehingga akhir tahun 2009, blog saya sudah tidak diusik lagi. dibaca tapi tidak dikemaskini.

Sahabat saya Dayah selalu kata, dalam blog ni tulislah apa-apa saja, macam kita bercerita. Bahasa tidak semestinya tinggi, janji mudah difahami.

Kata-kata Dayah tu betul juga. jika selama ni tidak tahu apa hendak tulis dalam blog, tapi lepas ini agaknya saya sudah boleh menulis dalam blog ni. Harap-harap tahun 2010, blog saya kali ni akan selalu dikemasiki.

Sunday, December 13, 2009

KURSUS ASAS PARAMEDIK


Ketika mengikuti Kelas Kursus Asas Paramedik Siri 1.
( tahun 2009 )


Saturday, December 12, 2009

YAYASAN AMAL MALAYSIA


Bila sebut sahaja Yayasan Amal Malaysia masih ramai yg masih keliru.

Yayasan Amal sama dgn Aman MALAYSIA ?
Yayasan Amal ni satu pejabat ke dengan Aman Palestin ?
Yayasan Amal ni Unit Amal ke?
Yayasan Amal ada kaitan ke dgn Briged Amal?

Inilah soalan yang kerap kali di tanya bila Yayasan Amal mengadakan pameran.

Jawapannya satu sahaja TIDAK SAMA
++++++++++=========================+++++++++++++++++++++++


Yayasan Amal Malaysia (AMAL) adalah merupakan sebuah NGO ( badan bukan kerajaan) yang menjalankan misi bantuan kemanusian di dalam dan luar negeri. AMAL menggunakan Islam sebagai teras dalam segala aktivitinya.

Logo Yayasan Amal Malaysia


Aman Malaysia ( perikatan keamanan rakyat malaysia) ataupun di kenali Peace Malaysia juga sebuah NGO yang di tubuhkan untuk menjuarai isu-isu keamanan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Aman Malaysia sering bekerjasama dengan Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia

Aman Palestin ditubuhkan sebagai inisiatif untuk membantu dan memberikan sumbangan serta kebajikan hak kemanusian rakyat Palestin. Ibu pejabat Aman Palestin terletak di Bandar Baru Bangi.

Unit Amal adalah satu unit kebajikan sukarela berunifom yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat.

Logo Unit Amal


Briged Amal pula ditubuhkan di bawah Exco Pendidikan , Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor di bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat .


Logo Briged Amal

Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDILFITRI

selamat hari raya buat semua sahabat2 yang mengenali saya.

Thursday, September 17, 2009

15 SEPTEMBER 2009 / 25 RAMADHAN 1430

15 SEPTEMBER 2009. mungkin bagi orang lain tiada makna atau tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Yang pasti orang akan ingat 11September tarikh pengebomam WTC. ( Word Trade Centre).

Tapi bagi kami sekeluarga tarikh 15 SEPTEMBER akan diingati sampai bila-bila. Pada tarikh 15 SEPTEMBER org yang saay sayangi, Bonda saudara Zainab Hj Musliman telah pergi selama2nya. setelah 6 bulan menderita sakit akhirnya Allah lebih menyayanginya. 15 SEPTEMBER 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430 dia telah pergi buat selamanya.

Pemergiannya telah meninggalkan 10 orang anak Sesunggunya saya amat menyayanginya, walaupun dia cuma ibu saudara, tapi kasih sayangnya terhadap kami anak saudaranya tiada bezanya. dia tak pernah membezakan kami dengan anak-anaknya.

Saya sempat menziarahi dia ketika di hospital, terasa pilu hati saya melihat penderitaannya. Doktor sendiri tidak dapat mengesan penyakitnya.

Selepas kematian ayah 20 tahun lalu, dia serta suaminya yang banyak membantu ibu untuk membesarkan kami adik beradik. Walaupun susah , dia akan tetap hulurkan bantuan untuk kami. Lantaran itu juga ukhwah kami adik beradik dengan anak-anaknya begitu erat.

15 SEPTEMBER 2009 tidak akan terpadam dalam hati ini. kerana pada tarikh itu jugalah tarikh kelahiran anak bongsu arwah ( Nuradibah Aliah ) 15 SEPTEMBER adalah Hari jadi Diba yang ke 11. mungkin tak akan ada ucapan Selamat hari Jadi buat Diba kerana ia adalah sejarah dalam hidup Diba.

15 SEPTEMBER juga adalah tarikh sehari selepas tarikh lahir adik bongsu saya Tina yang jatuh pada 14 September. Tina juga telah menjadi yatim ketika usia 4 tahun .

Hanya doa dan airmata yang mampu diberikan. Semoga segala bantuan dan pertolongan kepada kami adik beradik sebagai anak-anak yatim akan diterima sebagai amalan dan akan mendapat ganjaran dari Allah s.wt. . AlFatihah untuk Zainab hj Musliman. Amin

Friday, September 4, 2009

KAPSUL RAMADHAN


Semalam 3 September, 13 Ramadhan 1430H . Nisa' Gombak menganjurkan Program Kapsul Ramadhan di Hospital Selayang.

Sebelum ini, Nisa’ Gombak banyak memberi tumpuan kepada program pembangunan remaja dan belia, kali ini cuba mencari nafas baru untuk memperluas cabang dakwah kepada khalayak yang berbeza.

"Kapsul Ramadhan’ melibatkan kakitangan dan keluarga pesakit di hospital mendapat kerjasama dari Persatuan Islam Hospital Selayang.

Sy ditugaskan menyediakan 100 hamper untuk program Kapsul Ramadhan. Alhamdulillah walaupun agak lewat untuk membuat persiapan( Kira-kira jam 12.30 t/hari baru nak gerak beli bahan2 hamper) tapi ia dapat juga disiapkan dlm masa 2 jam.


kami melakukan program ziarah dan sumbangan ke Anjung Kasih. Anjung Kasih merupakan pusat penginapan bagi keluarga pesakit yang kurang mampu termasuk mereka yang tinggal jauh dan perlu berulang alik dari rumah dan hospital.

Perancangan awal, sasaran program ini adalah para pesakit. Tetapi pihak hospital tidak membenarkan pihak kami menganjurkan program kepada pesakit buat masa ini untuk mengelakkan penularan virus H1N1.

Selesai sesi tersebut di Anjung Kasih, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan sesi tazkirah Ramadhan di surau hospital.


Tuesday, July 28, 2009

LANGKAWI

Program Brainstoming Yayasan Amal diadakan di Langkawi pada 24-25 July 2009. Sy tiba di Langkawi sehari sblm program. Sy dikehendaki menaiki flight agar smpai lebih awal dari peserta. ini adalah kali kedua sy sampai k Langkawi. Pertama kali ketika mengikuti kursus anjuran Angkasa Wilayah bulan Mac yang lalu.

Pada sebelah petang, sy mengikuti rombongan Amal Kedah yang menjadi urusetia program, berjalan sekitar pulau yang berdekatan.

Program berakhir jam 1.00 t/hari. tetapi flight sy ke KL jam 9.00 malam. Sebelah petang sy sempat shoping di sekitar pekan Kuah dan menaiki Cabel Car, serta melawat Langkawi Under Water world.

Terima kasih kepada ustz Din yg sudi menjadi pemandu pelancong.Ustz termizi, juga kepada Abg Ali serta pihak pengurusan CD Motel yang sudi membenarkan sy menginap di bilik hotel sehingga malam serta sudi menghantar sy ke airport.

Wednesday, July 22, 2009

PAMERAN


Bertugas dengan Yayasan Amal memberi sy peluang untuk mengembara ke seluruh Malaysia samada untuk mengadakan Pameran AMal ataupun untuk aktiviti lain. Tugas utama pameran adalah memperkenalkan Amal dan aktivi2 yg dijalankan samada di dalam atau di luar negeri. Pelbagai peringkat masyarakat di temui dan diberi penerangan.

Tugasnya bukan mudah, letih,penat dan kadang2 sakit hati pun ada bila ada individu yg memperlekehkan tujuan pameran.

" Buat apalah kita susah2 nak bantu org Palestin di sana. Mereka yg berperang sesama sendiri kita pula yg nak bantu. Fattah dan Hamas yg berperang kita pula yg sibuk. Esok klu Malaysia kena serang nak ke mereka tolong kita?"

Itu antara dialog yg masih diingat ketika Pameran di Bukit Beruntung Hulu Selangor.

*BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAN* BERAMAL KERANA ALLAH*

Monday, July 20, 2009

MISI KE PALESTIN


19 Jun 2009- Sekali lagi Yayasan Amal Malaysia (AMAL) akan meneruskan bantuan Misi Kemanusian ke Palestin. Fax dari Kementerian Luar Negeri Wisma Putra jam 4.30 ptg 19 Jun, buat sy jadi kelam kabut. Wisma Putra arahkan perjalanan Yayasan Amal ditangguhkan kerana sempadan Mesir ke Palestin masih belum di buka kepada orang luar. Namun AMAL teruskan juga perjalanan memandangkan segala persiapan telah dilakukan. Tiket kapalterbang & penginapan semua dah diatur. Apa yang penting tugas untuk membantu Umat Islam Palestin lebih utama. AMAL bercadang untuk mendirikan kilang roti dan saliran Air di Gaza Palestin.
* BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN * BERAMAL KERANA ALLAH *

TAMAT LATIHAN BOMBA SUKARELA

Selesai Latihan Kawad Basah

Sudah lama sy tak up date blog ni. Dah lebih sebulan. Lepas je tamat Latihan Bomba Sukarelawan. Kerja kat pejabat pun berbaris menunggu untuk dilaksanakan.

Rasa betul2 lega Latihan Bomba Sukarelawan dah Tamat. Majlis Penutupan telah diadakan dengan penuh meriah di Balai Bomba Pandan Indah pada 17 Jun 2009. Bersama geng Gombak yang tamat Latihan ( Amran, Rusdi , Sy, Zainuddin & Helmizan)


Banyak pengalaman yang dikutip sepanjang menyertai kursus EMT-FRV. Paling tak dpt di lupakan apabila berpeluang memasuki Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Pusat Atom Negara.) di Bangi. Bukan senang nak masuk kat situ.
Kak Saadiah, Kak Cik , Sy, Kak Zahara

Saturday, June 13, 2009

SIBUK


Pagi ni ada latihan bomba sukarela di Balai bomba Pandan Indah,Gantikan kelas Ahad minggu lepas yg ditunda sbb muktamar. Kelas mula jam 8.30 pagi sehingga 5 ptg. tapi sy dtg lambat sbb beli tiket flight balik kampung bulan Ogos ni. Beli awal2 dapatlah harga murah.Tiket flight (KL - KK , KK - TWU, & TWU - KL ) Semuanya hanya RM 160 SAHAJA. Untung ada AirAsia.
Sy sampai jam 11 pg. Time tu para pelatih sedang diberi taklimat berkaitan peralatan yg digunakan oleh bomba penyelamat ketika menyelamatkan mangsa. Sempat juga sy buat latihan menaiki tangga kereta bomba.Gayat juga mula2 tapi bila tengok adik2 junior buat, maka sy pun bersemangatlah buat. Yg kelakarnya nak naik punyalah pandai, tapi bila dah nak turun mulalah cemas, apa tidaknya time turun ramai pula pelatih lelaki yg perhatikan.Kalau pelatih muda2 tak apa juga, Ini bapak budak!. Bukan saja cemas malu pun ada. Tapi alhamdulillah sy berjaya jua akhirnya


............................Latihan memadam api

Sy ke;uar awal jam 2 petang. Sebab ada Kursus Keterampilan Bertutur anjuran Koperasi Angkasa. selama 2 hari. ( 12 -13 jun 2009) Tempat kursus di Hotel Putra depan IJN, NAsib baiklah kursus buat kat KL, dapat juga joint.

Sy rasa hari ni sy melalui suasana yg janggal. Pagi tadi sy latihan kawad kaki di Balai Bomba (kira2 aktiviti lasak juga) petang, sy ke kursus ketrampilan diri, (kursus feminin) dua suasana yg beza.

Tapi yang bestnya malam ni sy tidur kat Hotel 3 Bintang.

JURULATIH PERUBATAN KECEMASAN


Setiap Hari Ahad, aktiviti sy tak macam dulu lagi, Bermula bulan Mac sehingga Jun 2009. Sy akan menyertai Kursus Jurulatih Perubatan Kecemasan dan Bomba Sukarela (EMT-FRV) . Mula2 buat kat Pejabat SUK 2, Shah Alam, lepas tu Pejabat SUK 1 & Last Sekali di Balai Bomba Pandan Indah,

Banyak perkara baru yg sy pelajari, terutamanya dari segi pertolongan cemas, Dulu sy tak pernah ambil peduli. Tapi bila dah tahu barulah faham betapa pentingnya tugas menyelamatkan org.

Friday, June 12, 2009

Fax surat Ke Harakah

Hari ni ingatkan tak nak dtg opis. Lagi pun kepala masih terasa berat. Tapi En. Hamid KSU AMAL call minta sy datang opis buat surat. Nasib baiklah opis dan rumah dekat je, dlm masa 30 minit sy dah siap dan sampai ke opis. Sy kena faxkan surat ke Pejabat Harakah untuk menjemput wakil Harakah menyertai Misi Kemanusian ke Palestin.
Yayasan Amal bersama-sama beberapa NGO di Malaysia akan bertolak ke Palestin pada 17 Jun hingga 27 Jun 2009.

* BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN * BERAMAL KERANA ALLAH *

Thursday, June 11, 2009

Tugas

Hari ini sudah tiga hari saya tidak masuk pejabat. Tak sihat. Lepas muktamar kepala masih rasa berat lagi. APa tidak, bermula 3 hb Jun sampai ke 6 hb tidak cukup rehat. Tidur jam 3 pagi. Kena siapkan banyak hal pasal pameran. Pameran buat kat Shah Alam tapi berulang alik ke Gombak, Pameran selesai jam 12.00 t/ malam. Hantar petugas balik seksyen 7 dulu, lepas tu barulah drive balik Gombak. Selama 4 hari berulang, Macam-macam highway saya lalu, mula-mula Federal highway, hari kedua Kesas, Hari ketiga NKVE, dan last DUKe. Nasib baik Tina temankan saya, kalau tidak terpaksalah tidur di mana-mana.

Penginapan sempit, tidak boleh muat ramai-ramai, jadi terpaksalah mengalah balik rumah. Lagi pun selesa lagi tidur di rumah. Letih ! biasalah. tapi fikir itu antara tugas maka kena juga laksanakan.