Friday, March 16, 2012

PENGANIAYAAN TERHADAP TUBUH

Asalamualaikum, salam pagi Jumaat, semoga pada pagi ini kita akan sama-sama mendapat keberkatan sempena pagi yang mulia ini.Banyakanlah berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga dengan ini akan menjadikan syafaat kita di hari akhirat kelak.

Hari ini 16 Mac 2012. Bermakna dah tiga bulan kita berada di dalam bulan Mac.Dan tidak lama lagi usia saya akan mencapai 40 tahun.. (Dah tua aku sekarang,,, heheeh) tapi banyak lagi yang saya tidak buat dalam hidup ini.

Dalam usia ini .. saya telah melakukan satu kesilapan besar dalam hidup ini.. Iaitu telah menzalimi tubuhku... ( huhu,, macam ayat penjenayah ). selama lebih 20 tahun saya tidak pernah mengambil berat tentang kesihatan diri saya.Tidak pernah rasa sayang terhadap tubuh saendiri..Saya telah menganiaya tubuh saya.. Akibat penganiayaan tubuh selama 20 tahun akhirnya. tubuh saya telah mengalami penyakit yang kronik... ( hahaha.. kronik ker?) iaitu Obesiti.. Berat badan saya melebihi berat badan Ideal.

Tinggi saya hanyalah 1.47cm. macam tinggi budak darjah 6, tetapi berat badan saya adalah 76kg. Dengan BMI 35.8, saya telah dikategori berat mengalami obesiti tahap 2. peringkat yang kira bahaya sebab saya berkemungkinan akan menghidap penyakit tiga serangkai (kencing manis, darah tinggi, dan jantung)

Friday, November 11, 2011

AKU DULU...DAN SEMALAM

Hari 11.11.11. Sudah setahun lebih saya tidak menulis sebarang catatan. Setelah meletakkan jawatan di Yayasan Amal Malaysia awal tahun ini, saya telah menjalankan perniagaan sendiri.(nak cuba nasib pulak dengan berniaga). Perniagaan sepenuh masa. Saya menjalankan peniagaan di Pasar Malam. Dengan bantuan pinjaman modal dari AManah iktiar Malaysia sebanyak RM 6K. Saya telah memulakan perniagaan pasar malam dengan menjual Produk-produk muslim.

Produk Muslim yang saya cuba pasarkan ialah MEE KUNING PRODUK MUSLIM, dengan modal RM 0.80 sen sebungkus, saya menjualnya dengan harga RM1.50. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan. Masyarakat ramai yang sedar akan kepentingan produk halal yang perlu di beli. Kelebihan Mee yang saya pasarkan ini, adalah tidak mengandungi kapur, tiada bahan pengawet, sebab itu tidak tahan lama, cuma seminggu sahaja.

Thursday, October 14, 2010

TIDAK RAMAI YANG MINAT BUAT KERJA DAKWAH

Tidak ramai yang berminat buat kerja dakwah. Itulah antara luahan Kak Nurul Huda kepada saya. Kak Nurul Huda merupakan AJK Urusetia Saudara kita (USK) sebuah NGO di negeri Sarawak.

Puan Nurul Huda Abdullah adalah di antara individu yang banyak membantu usaha-usaha Yayasan Amal Malaysia dalam mewujudkan Pusat Dakwah Serantau. Kerjasama Kak Nurul bersama-sama ahli-ahli USK terutamanya Ustaz Sobri, sesungguhnya perlukan semangat yang amat tinggi . Sebenarnya kak Nurul juga merupakan seorang muallaf yang telah memeluk Islam ketika belajar di Amerika Syarikat.

Pelajar-pelajar PDS diambil dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli USK telah pergi ke pedalaman Sarawak, di mana perjalanan ke satu-satu kawasan itu kadang-kadang mengambil masa satu hingga dua hari untuk tiba di sana. Pengangkutan yang digunakan juga silih berganti kerana ada sebahagian tempat tidak boleh dimasuki dengan kenderaan melainkan sampan ataupun bot. dan ia juga bergantung dengan keadaan cuaca. Bila cuaca hujan perjalanan tersekat-sekat kerana adakalanya kawasan-kawasan yang di lalui itu dilanda banjir dan kadangkala pula dipenuhi kabus. Perasaaan cemas timbul bila tiba-tiba hujan lebat sedangkan mereka masih berada di dalam sampan dan perjalanan masih jauh lagi.



Inilah di antara jalan-jalan yang perlu di tempuhi untuk pergi ke pedalaman Sarawak


Sesungguhnya bumi Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan masih banyak lagi khazanah-khazanah alam yang belum diterokai. Justeru itu pembangunan di negeri itu tidak serancak seperti di Semenanjung.

Perbualan dengan Kak Nurul telah memotivasikan saya dan sekaligus memberikan cabaran untuk diri saya sendiri. Jika Kak Nurul boleh mengharungi semua ini, saya rasa terpanggil untuk membantu lagi usaha-usaha dakwah untuk negeri Sarawak dan Sabah . Lebih-lebih lagi untuk negeri kelahiran saya sendiri- Sabah negeri di bawah Bayu.

Setiap minggu saya akan ke Kampus PDS di Bangi yang jarak perjalanan hanya 45 minit dari Gombak. Saya pasti akan bertanyakan khabar dari pelajar-pelajar dan kadang-kadang saya akan ajak dua atau tiga orang pelajar makan di luar sambil lepak-lepak di gerai makan.

Kak Nurul turut mengharapkan saya "tolong jenguk-jengukan" pelajar-pelajar dari Long Busang Kapit. (Mazlan, Ariffin, Iskandar ). Kedudukan kampung mereka yang terlalu jauh di pedalaman amat sukar untuk berhubung dengan keluarga mereka. Pastinya keluarga mereka inginkan perkhabaran tentang anak-anak mereka.

Salah sebuah kampung pelajar PDS

Setakat ini saya melihat banyak perubahan dalam diri pelajar-pelajar ini. Semoga mereka ini Insya Allah kelak akan menjadi pendakwah di bumi Sabah dan Sarawak sekaligus dapat menyekat gerakan kristianisasi di kepulauan Borneo itu.

Dan saya berdoa semoga sentiasa di berikan kesihatan yang baik bagi meneruskan kerja-kerja ini. Amin

Tuesday, October 12, 2010

MASYARAKAT YANG ROSAK

Saban hari penyiaran berita mengenai gejala buang bayi sentiasa mendapat laporan dalam media masa. Sungguhpun pelbagai langkah cuba dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini, namun ianya masih belum mampu menghalang perkara ini dari terus menerus berlarutan.

Di mana silapnya? Siapakah yang patut disalahkan? Ibubapa? masyarakat? ataupun kerajaan?
Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya bila perkara ini dibincangkan. Andai kata saya fikir yang bersalah adalah kerajaan berapa ramaikah yang bersetuju,?

Pokok pangkalnya ialah kelemahan sistem perundangan negara kita. Jika Al-Quran dijadikan bahan rujukan serta panduan sudah pasti gejala ini akan dapat dikurangkan sekaligus dapat mengatasi perkara-perkara yang merosakkan masyarakat.

Wednesday, September 15, 2010

15 SEPTEMBER 2010

Hari ini genaplah setahun pemergian bonda saudaraku Zainab Hj Musliman. Walaupun sudah setahun berlalu, tapi saya masih lagi teringat akan begitu tragis kematiannya. Tarikh ini akan tetap menjadi sejarah kami sekeluarga kerana pada tarikh ini juga adalah tarikh hari lahir anak bongsunya Nur Adibah ALiah. Diba kini sudah berumur 12 tahun. Buat Diba, Kakak ucapkan SELAMAT HARI JADI YANG KE 12 Semoga Diba tabah dalam mengahurungi liku-liku hidup ini.

Inilah anak-anak allahyarham bonda saudaraku . Diba berada di barisan hadapan


Dan juga buat adik bongsuku Tina yang menyambut Hari Jadi semalam. 14 September. Selamat Hari Jadi yang ke 25 tahun Semoga impian dan cita-cita Tina selama ini akan tercapai. Amin


HAPPY BIRTHDAY - 25TH

Thursday, September 9, 2010

AIDILFITRI 2010

Aidilfitri kali ini saya tidak balik kampung, seperti biasa Raya di Gombak sahaja. Adik beradik saya yang tinggal di sekitar KL akan berkumpul di rumah Sri Gombak. Sudah kerap kami menyambut Raya di Rumah ini dah jadi macam rumah sendiri. walaupun ianya cuma rumah sewa. Perasaan beraya di perantauan biasa sahaja. Seingat saya, ini adalah kali ke 8 saya beraya di bumi Semenanjung sejak 12 tahun yang lalu. Adik-beradik saya Sarah sekeluarga, Mark dan Tina akan berada di Sri Gombak 3 hari selepas tu akan balik ke rumah masing-masing.

Selalunya June dan mak yang datang ke Kuala Lumpur. Maklumlah mereka berdua sahaja. Cuma tahun ni berbeza sikit mereka tidak datang ke KL lagi. Tahun ini merupakan tahun pertama June menyambut lebaran sebagai seorang isteri. Jadi dia akan mengikut suaminya ke Lahad Datu. Sementara mak akan menemaninya.

Thursday, September 2, 2010

MISI KE PAKISTAN

Yayasan Amal Malaysia meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Pakistan kali ke 2 pada 31 s sehingga 6 September 2010. Misi kali ini disertai oleh 12 sukarelawan termasuk 2 orang wanita.

Berurusan dengan kedutaan Pakistan untuk mendapatkan visa merupakan satu cabaran yang besar. Banyak "songeh". Kadangkala terfikir di hati saya sendiri orang hendak membantu masyarakat mereka tetapi seolah-olah mereka tidak mahu menghargainya. Saya pergi ke kedutaan sebanyak 3 kali.

Bermula dengan pertukaran borang baru. saya terpaksa kembali ke pejabat dan menghubungi kesemua sukarelawan yang terlibat untuk mengisi borang baru. Bagi sukarelawan yang jauh saya memberanikan diri untuk mengisi sekaligus meniru tandatangan mereka.

Jam 10.00 pagi (30 Ogos) - Saya menghantar permohonan untuk kali kedua. tapi sekali lagi ditolak. Mereka minta macam-macam , pendaftaran syarikat, profile company, kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri. dan apa yang betul-betul menguji kesabaran ialah apabila kesemua sukarelawan diminta menulis surat akujanji bahawa mereka tidak akan membuat sebarang tuntutan kepada kerajaan Pakistan jika berlaku apa-apa terhadap mereka sepanjang mereka menjalankan misi bantuan di Pakistan dengan mengunakan tulisan tangan.........kerja gila betul..

Saya terpaksa begegas ke pejabat Amal di Batu Caves untuk mengambil beberapa dokumen yang diperlukan. Saya mesti menghantar borang petang itu juga kerana esok pagi Misi Amal akan bertolak ke Pakistan.

Pada pandangan saya, kemungkin pekerja-pekerja di Kedutaan ada maksud yang tersirat di sebalik tindak tanduk mereka.

Dengan pertolongan beberapa orang teman , kami bertungkus lumus untuk membuat surat seperti yang dikehendaki. Nasib baiklah ada 4 orang yang dapat membantu membuat kerja gila ini. Surat dari Kementerian di faxkan terus ke pejabat kedutaan Pakistan. Namun saya hampir-hampir kecewa apabila saya sampai ke pejabat kedutaan Pakistan pintu pagar telah di kunci. Saya bernasib baik apabila ada wakil dari NGO datang untuk mengambil pasport di kedutaan, maka dapatlah saya masuk bersama-sama dengan beliau.

Sungguhpun banyak kerenah dan birokrasi yang di hadapi namun Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga mendapatkan visa dari kedutaan Pakistan untuk perlepasan pada esok harinya. 31 Ogos 2010.