Monday, January 11, 2010

PERKATAAN ALLAH

Akhir-akhir ini hangat diperkatakan isu Perkataan Allah yang telah dibenarkan kepada penerbitan akhbar Herald. Sesungguhnya saya tidak pernah pun melihat majalah tersebut apatahlagi membacanya. mungkin ia khusus untuk bacaan penganut Katolik sahaja . Sekadar Hiasan

Hampir setiap balai polis menerima laporan berkaitan bantahan penggunaan kalimah ALLAH. Namun bukan setakat bantahan sahaja tapi kini telah menular kepada keganasan sehingga membakar gereja. Saya betul-betul kecewa dengan tindakan mereka yang tidak cerdik ini. Sungguhpun saay tidak setuju dengan keputusan mahkamah Tinggi tapi jalan keganasan bukanlah tindakan yang betul.

Nahtijahnya orang Islam yang akan mendapat aib. Sudah semestinya tanggapan Islam sukakan keganasan yang dilebelkan oleh masyarakat barat seperti cuba dibuktikan oleh mereka yang tidak cerdik ini.

Islam itu kedamaian & keamanan. Itu yang cuba saya gambarkan kepada rakan-rakan senegeri yang kini berada di bumi semenanjung. mereka agak fobia dengan fenomena akhir-akhir ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

""tahu tak agama kristian telah diturunkan tuhan terlebih dahulu dari agama Islam,
maknanya org kristian telah dulu menggunakan perkataan ALLLAH dari org Islam.

"Kami dah lama menyebut nama Allah. tapi tiada pun yang pernah kacau. Tapi bila mahkamah sudah buat keputusan ramai pula yang marah2 siap bakar church lagi.'

" Kalau mau marah pergilah bakar itu mahkamah yang bagi keputusan. kenapa pula church yang dibakar."

" Nampaknya org Melayu di Semenanjung sudah macam Taliban"

"Secara peribadi sy akan menggunakan perkataan Allah dlm gereja, penulisan dan dlm doa sepanjang hayat sy"


Saya memahami luahan teman saya itu. Saya tidak mampu marah bila dia berkata demikian. Saya betul-betul malu dengan apa yang berlaku.

Antara perkataan Allah dlm kitab Injil Melayu

Saya membesar dengan masyarakat Kristian majoriti. Saya sering mendengar penganut-penganut Kristian di tempat saya menyebut perkataan Allah .Ejaan mungkin sama tapi sebutan agak berbeza. Saya tidak pernah merasa janggal kerana mungkin saay faham itu ajaran mereka. Mungkin situasi berbeza dengan suasana di Semenajung Malaysia. Ianya agak sensitif. Cuma sensitif tidak bertempat.


Hati hanya mampu berkata.

Katakanlah Allah itu Satu. Allah adalah tempat bergantung Dia tidak beranak dan tidak di peranakan dan tidak ada satu pun yang meyerupainya




6 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Sy kurang stuju dgn tanggapan simplistik cik bhwa yg ngebom gereja adalah org Melyu Islam. Brgkali ia juga dbuat oleh pnganut Kristian sndiri. Ada bbrpa motif yg boleh dkaitkan. Cik juga perlu tahu bhwa utk melawan musuh ada 1 teknik dpanggil PsiWar. Kita yg buat, kita nk msyrkt anggap...org2@kelompok trtentu yg buat. Just simple like that bukan? Msyrkt biasa tk faham ini bah. Brgkali mgkin spt kata sudari bhwa Melayu Islam yg buat. Itu tu, mau tgok kelompok mana pula? Biasanya kelompok yg deh semput. Oh! Malatop!

    ReplyDelete
  2. Dan lagi 1, yg cik perlu paham bhwa Taliban mengikut pndgn peribadi sy bukanlah xtremis. Mana lebih xtrimis, org lggar negeri kita atau kita@sudara kita yg sama2 perthankan negeri kita? Itu tu, berita smua dikosai mereka. Kendatipun mereka yg latop, mrka bisa bilang Taliban yg latop. Mana hak Taliban utk pertahnkan kebenaran mereka? Hanya Allah & RasulNya yg lebih tahu bukan? Buat kita harapnya sskali terikut dgn andaian & tohmahan puak kufur sbb kita bakal diperhitung Allah di akhirat sana.

    ReplyDelete
  3. Minta maap ada pembetulan, harapnya ayat last dibaca begini bah> Buat kita harapnya sskali JANGAN terikut dgn andaian & tohmahan puak kufur sbb kita bakal diperhitung Allah di akhirat sana. Carila Allah yg menerangkan bagaimana sepatutnya aksi kita apabila menerima sesuatu perkhabran..Amerika & sekutunya sentiasa jahat semenjak ia wujud di mukabumi. Siapakah dlm sejarah dunia ini yang mula2 & satu2nya guna BOM ATOM bah? Amerika bukan? Siapa pula guna bom fosforus yg merobek2 isu anak2 yg tak berdosa di Gaza? Israel bukan? Sekutu siapa itu? Bila umat ini bangun atas apa nama shaja, terus dicop xtrimis. Oh dunia, betapa tidak adilnya pandangan manusia dipundakmu. Nanti Allahlah yg bisa merobek mereka semahunya.

    ReplyDelete
  4. Cik, lihatlah dgn pandangan matahati bkn melalui pndgn puak kufur. Bersyukurlah sbb di sana, di mana ngri2 umat ini ditindas, masih ada thoifah yg berani bangun melawannya. Lihatlah kepyahan mereka, selamilah derita mereka.

    ReplyDelete
  5. di akhir zaman umat Islam akan sentiasa difitnah dan terfitnah. apa yg sy ceritakan adalah luahkan rakan2 sy yg tidak faham islam. bagi kita yg faham, Taliban bukanlah kumpulan xtremis. tapi bagaimana mereka yg tidak megerti?

    BERKHIDMAT UNTU KEMANUSIAN BERAMAL KERANA ALLAH

    ReplyDelete
  6. Tq pada Nash, jgn emosianal bila membaca sesuatu entri. hgn melenting bila pihak kufur meluahkan perasaan mereka seperti itu. Islam itu agama kedamaian dan keamanan. Islam ada kaedah dan cara untuk berhadapan dgn situasi seperti ini.

    BERKHIDMAT UNTUk KEMANUSIAN BERAMAL KERANA ALLAH

    ReplyDelete